Nasional

Global South membina hubungan yang lebih erat

KEBANGKITAN kumpulan negara Global South bukan sahaja menggambarkan anjakan dalam kuasa ekonomi sedia ada, tetapi juga merupakan satu konfigurasi, atau penetapan semula pengaruh terhadap dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan kedudukan geografi merentasi benua Asia, Afrika dan Amerika Latin, Global South berada di atas trajektori yang tepat untuk memainkan peranan penting dalam membentuk semula masa depan ekonomi dunia.

 

Justeru, katanya lagi, Malaysia ingin menekankan kepentingan untuk negara-negara Global South membina hubungan yang lebih erat, berkongsi pertumbuhan serta menyumbang ke arah perintah dunia (global order) yang lebih seimbang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button