Luar Negara
Gempa bumi kuat melanda Mindanao di Filipina
SATU gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda perairan Pulau Mindanao di Filipina pada 4.21 petang Khamis (5 Mei).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, gempa itu berlaku 181km barat daya Bandaraya Tagum pada kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun, penilaian awal mendapati gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia. – SM