Festival Ramadan Putrajaya 2023 papar jenama dan barisan artis
MEMBELI jenama atau pakaian untuk dipakai pada hari raya dengan membariskan artis seperti Mawi, Rayme Zainal, Saharul Ridzwan, Adira Suhaimi, Asfnan Shah, Afzan, Shahz Jaszle dan Elly Ariffin menjadi sandaran untuk pengunjung berkunjung ke Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2023 yang dibuka sehingga 21 April ini.
Penganjurnya, Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd memilih tema “Seindah Ramadan, Harmoni Lebaran” mendapat sokongan daripada 14 usahawan bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan 108 usahawan dari seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.
Setakat ini, terdapat 250 vendor yang mana 75 peratus adalah vendor pakaian manakala 48 usahawan adalah daripada Kementerian Pertanian dan kelainan yang ada pada FRP 2023 ialah buat pertama kalinya diadakan peragaan fesyen yang melibatkan 10 jenama butik.
Dari sudut pemilihan jenama pakaian pula, pengunjung boleh memilih jenama seperti Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Jols Luxe Fabrics, Rimbun KL, Zareeth Zehra, Arma Couture, Ejay Collection dan Muslim Vibe yang menyertai FRP 2023 sepanjang 0.5 kilometer.
Pengarah Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd, Shahrul Musa dan Rara Nadirah dalam kenyataan berkata, pertunjukan fesyen FRP 2023 ini diadakan bagi memeriahkan lagi suasana membeli belah di samping dapat mempromosikan koleksi busana raya terkini yang boleh didapati di booth-booth FRP 2023.
“Selain daripada baju raya, kelengkapan hari raya yang lain seperti biskut raya, perhiasan atau aksesori hari raya, minyak wangi, servis internet, penapis air juga boleh didapati di FRP 2023,” kata mereka.
Menurut mereka lagi, pameran hartanah juga ada di FRP 2023 dan untuk 10 hari terakhir Ramadan, bermula dari pukul 12 tengah hari sehingga 5 pagi.
Sehubungan itu, pihak Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd menjangkakan sambutan dan kunjungan pengunjung ke FRP 2023 bakal meningkat memandangkan telah memasuki minggu ke dua terakhir Ramadan.
Kata mereka lagi, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Ramadan seperti Takzirah Santai bersama penceramah jemputan, membeli belah bersama anak-anak yatim dan persembahan artis tempatan.
“Antara artis yang membuat persembahan ialah Mawi, Datuk Nash, Asfan Shah, artis dari Singapura Imran Ajmain, Adi Sixth Sense, Adira Suhaimi, Ayu Damit, Salma Asis dan Jojo One Nation Emcee.
“Hadir sama ialah artis-artis lain seperti Shahz Jazle , Elly Arifin, selebriti stesyen penyiaran radio Faizal FBI dan Rayme Zainal.
“Seperkara lagi, pengunjung yang datang dapat mengambil bahagian dalam cabutan bertuah yang menawarkan sebuah motosikal berharga RM10,000 apabila mereka berbelanja sebanyak RM100 dalam satu resit,” jelas mereka dalam kenyataan yang sama.
Sementara itu, penyanyi Rayme Zainal, peserta All Together Now Malaysia musim pertama yang juga membuka ‘booth’ biskut raya mengajak orang ramai khususnya penduduk sekitar untuk sama-sama berkunjung ke FRP 2023 bagi mendapatkan kelengkapan hari raya. – SM
BACA Home Style Sinar Tawarkan Biskut Raya Dengan Harga Bermula RM8.50 Sehingga RM15.90!