Kesihatan

Farmasi, kedai serbaneka kehabisan paracetamol

KUALA LUMPUR: Paracetamol, ubat yang biasa digunakan untuk melegakan demam dan sakit kepala, dilaporkan mengalami kekurangan dan agak sukar didapati di farmasi komuniti dan kedai serbaneka di ibu negara serta beberapa tempat lain.

Menurut tinjauan baru-baru ini di farmasi komuniti, rak yang memaparkan ubat itu, kosong kerana permintaan tinggi semasa peningkatan jumlah Covid-19 baru-baru ini.

Kekurangan itu juga dipercayai berpunca daripada peningkatan pembelian bagi mengurangkan kesan sampingan seperti demam, sakit sendi dan sakit kepala selepas menerima suntikan dos penggalak, menurut beberapa ahli farmasi yang dihubungi.

Presiden Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS) Amrahi Buang yang turut mengesahkan kekurangan itu berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya, kekurangan parasetamol itu bukan sahaja berlaku di ibu negara, malah di beberapa negeri lain.

Jelasnya, situasi itu timbul sejak beberapa bulan lalu berikutan pembelian yang agak tinggi semasa pandemik Covid-19, selain kemungkinan isu dalam rantaian bekalan.

“Saya mendapat maklumat daripada rakan di seluruh negara, kekurangan ini sudah berlarutan sejak beberapa bulan, dan mungkin ini berlaku di peringkat pembuatan atau pengedar.

“Oleh kerana pembuatan bergantung kepada ramuan atau tahap pembungkusan dan logistik, ini akan menjejaskan ketersediaan stok di seluruh negara,” katanya.

Kekurangan itu juga menyebabkan pengguna mendapatkan bekalan melalui rangkaian beli-belah dalam talian.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button