Fahmi, Nie Ching berdepan tugas berat tangani berita palsu
NAMPAK macam klise, namun begitulah gaya bahasa dan kenyataan setiap kali menteri atau timbalan menteri baharu masuk ke pejabat – merujuk kepada beberapa kenyataanmedia yang dilakukan oleh Fahmi Fadzil dan Teo Nie Ching dalam bidang komunikasi, media dan digital sejak dua menjak kebelakangan ini.
Sebagai contoh, semasa lawatan kerja pertama Nie Ching ke BERNAMA pada 22 Disember 2022, beliau memberi penekanan terhadap memerangi penyebaran berita palsu (fake news) dan ucapan kebencian (jelek) di media dalam negara.
Ya, di media massa mungkin kita boleh kawal dan tapis agar tiada fake news atau hujah jelek dapat menerobos dalam skrin, akhbar, mahupun corong radio.
Namun menjadi kegusaran sesiapa sahaja yang bergelarpemerintah, adalah mengenai media sosial yang tiada punyasempadan dan limitasi sesuatu bahan yang disiarkan.
Boleh sebut di sini, mana satukah menteri atau timbalanmenteri komunikasi yang telah berjaya menyekat fake news dan ucapan jelek di media sosial? Jika ada, sila namakan.
Hakikatnya tiada seorang pun mampu berbuat demikian.
Fenomena tanpa sempadan di media sosial telahmemungkinkan kita tidak boleh menyekat secara 100 peratuspenyebaran fake news dan hujahan berunsur jelek ini.
Apa yang boleh kita lakukan hanyalah meminimumkannyaatau memberi jawab balas terhadap serangan yang dilontarkanoleh mana-mana akaun media sosial.
Justeru, cabaran besar ini sedang berada di atas batu jemalaFahmi Fadzil dan Teo Nie Ching untuk mengurangkanpenyebaran fake news dan ucapan-ucapan berunsurkebencian, terutama dari pembangkang dan figura-figuramedia sosial yang tidak bertanggungjawab.
Pun begitu, dikala kita bertindak, jika kita terlalu keras, kita akan lari jauh dari asas amalan demokrasi yang diamalkan diMalaysia. Jika kita longgar dan berlemah lembut pula, masyarakat Malaysia akan menikmati hidangan-hidanganmedia sosial yang bercampur baur antara realiti, fakta, fakenews dan fitnah.
Dalam hal ini, Fahmi dan Nie Ching tiada pilihan lain, kementeriannya wajar terus memperkasakan bidangkomunikasi strategik yang di dalamnya terangkul soalpengoperasian media sosial. Ia berupa serangan, menjawabisu dan neutralisasi sesebuah isu yang cuba dimainkan pihaktertentu.
Jika dahulu bidang komunikasi strategik ini dianggap ‘second class’, namun percayalah bahawa bidang tersebut sudah samaseiring pentingnya dengan bidang media yang lain.
Jangan buang masa, tenaga dan wang untuk menghilangkanbudaya fake news dan ucapan kebencian dalam media sosialdi negara ini, kerana sudah lama ia diusahakan dan ternyatakita tetap gagal. Tetapi, berjuanglah untuk menjawab dan meneutralkan semampu yang boleh.
Agar legasi masyarakat kita di Malaysia akan menjadi matangdalam menapis dan memilih yang mana intan, yang mana kaca.
Oleh : Sarfarizmal Saad(penulis bebas / bekas editor media online)