Fahmi cakap tak serupa bikin, Noor Farida meludah ke langit
1. Bekas Duta Malaysia, Noor Farida Mohd. Ariffin mengumpamakan pelantikkan Tajuddin (Duta Malaysia ke Indonesia) sebagai Satu Malapetaka (disaster).
2. Noor Farida juga kata, dengan pelantikkan Tajuddin, akan menghalang seorang Career Diplomat dari naik pangkat menjadi Duta.
3. Noor Farida juga kata, Tajuddin besar kemungkinan tidak mempunyai Diplomatic Skills dan Calibre.
4. Fahmi, Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR pula kata pelantikkan Tajuddin ini akan mengundang spekulasi bahawa PM Datuk Seri Ismail Sabri melantik Tajuddin demi untuk menjaga hati (special arrangement).
Fahmi juga kata ketika Pakatan Harapan memerintah, PH sedaya upaya tidak akan melantik Ahli-Ahli Politik sebagai Duta (Career Diplomats’ post).
BACA JUGA: Maszlee menteri netizen, Tajuddin duta di Indonesia
PERSOALANNYA
5. Persoalannya, cuba kita lihat betul-betul CV Datuk Noor Farida.
Noor Farida sebenarnya bukan seorang Career Diplomat yang dilatih di INTAN untuk menjadi Duta Malaysia ke Negara-Negara yang terpilih.
Noor Farida sebenarnya adalah seorang yang di latih di dalam Bidang Perundangan.
Beliau menyertai Malaysian Judicial dan Legal Services pada bulan Februari 1971. Pernah jadi Magistrate, Assistan Registrar High Court KL dan Penang Sessions Court Judge.
Noor Farida di pinjamkan kepada Kementerian Luar Negeri dan kemudiannya dilantik menjadi Duta Malaysia ke Netherlands.
6. Adalah agak janggal, seorang yang bukan benar-benar A Career Diplomat (Noor Farida) boleh menyerang pelantikkan Tajuddin Rahman sebagai sesuatu yang akan mengundang mala-petaka (disaster) untuk negara.
7. Pada hal, ketika Pakatan Harapan mula memerintah pada bulan Mei tahun 2018, Noor Farida telah dilantik oleh Kerajaan PH sebagai Pengerusi Human Resource Development Fund (HRDF).
Dan apabila Kerajaan PH jatuh pada bulan Mac tahun 2020, Noor Farida telah di berhentikan serta-merta sebagai Pengerusi HRDF oleh Menteri Sumber Manusia yang baru iaitu, Datuk Seri M. Saravanan.
8. Adakah kerana beliau diberhentikan secara tiba-tiba, menyebabkan Noor Farida begitu bersungguh-sungguh mengkritik perlantikkan PM DS Ismail Sabri ini ?
Apakah sebenarnya hubungan istimewa Datuk Noor Farida ini dengan Pakatan Harapan ?
9. Mengenai Ulasan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai pula, adalah amat mendukacitakan apabila Fahmi memberikan persepsi negatif terhadap pelantikkan Tajuddin.
Kononnya adalah tidak wajar dilantik orang politik ke jawatan Duta Malaysia ke Indonesia.
Pada hal, ketika PH memerintah cuba periksa, berapa ramai Ahli-Ahli Parlimen DAP yang telah dilantik ketika itu sebagai Special Envoy Negara Malaysia ke Negara China.
Fahmi, cakap tidak serupa bikin, mereka cakap mereka tidak buat, pada hal, mereka yang lebih.
10. Akhir sekali, perlu di peringatkan bahawa Negara Indonesia mempunyai satu tempat yang amat istimewa kepada Negara Malaysia.
Bukan sahaja kita satu Rumpun yang Serupa, kita juga mempunyai bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, yang hampir serupa.
Kerana itulah, sering negara Malaysia menghantar ahli-ahli politik ke Indonesia sebagai Duta Besar Malaysia bagi mengeratkan lagi hubungan yang amat istimewa ini.
Siapa boleh lupa, Dato’ Mohamad Rahmat, Setiausaha Agong UMNO Malaysia juga pernah dihantar menjadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan ketika itu, Mohamad Rahmat adalah bertaraf Menteri.
11. Oleh yang demikian, sejujurnya tidak usahlah Datuk Noor Farida ataupun Fahmi membawakan naratif negatif terhadap perlantikkan Tajuddin Rahman ini.
Saya amat pasti, PM DS Ismail Sabri benar-benar mengetahui bahawa Tajuddin mempunyai ciri-ciri yang terbaik untuk menjadi Seorang Duta Malaysia yang cemerlang di Jakarta, Indonesia.
Ketika Indonesia kini di pimpin oleh Presiden Bapak Jokowi, pasti kepimpinan Bapak Tajuddin boleh mengeratkan hubungan istimewa Malaysia-Indonesia ini.