Nasional

Esok cuti atau tidak ? Netizen menanti penuh debaran

SITUASI kerajaan Malaysia kini masih lagi tergantung apabila tiada mana-mana gabungan parti politik yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

Oleh itu, timbul persoalan dalam kalangan penjawat awam maupun swasta sama ada esok akan diberi cuti peristiwa atau tidak.

Berdasarkan tinjauan SM, kebanyakan “netizen” di media sosial sedang menanti keputusan itu terutama yang berada di kampung.

“Cepatlah bentuk kerajaan… Kami nak cuti ni,” tulis Muaz di hantarannya di twitter.

“Yang penting umum cuti tu dulu. Aku malas betul rasa nak pergi kerja ni,” tulis Faris.

“Weyh nak cuti serious bagi lah rakyat malaysia cuti, sian tak tidur semalam tunggu results sampai sekarang belum ada” tulis Adri.

Semoga keputusan pembentukan kerajaan Malaysia dapat diterima hari ini dan menjawab persoalan rakyat sama ada isnin diberikan cuti khas atau tidak. -SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button