Rencah Hidup

“Emaknya meninggal dunia, saya kena jaga, tak mampu hantar pengasuh”

“EMAKNYA meninggal dunia sejak dia lahir. Saya boleh kerja tapi tak mampu hantar anak ke pengasuh.”

Demikian luahan seorang bapa yang terpaksa meminta sedekah bagi menyara anaknya yang masih kecil dan membayar sewa bilik.

BACA > Keluarga mangsa disaran saman pemandu mabuk – peguam — Suara Merdeka

Sebuah pengalaman diceritakan seorang pengguna Facebook apabila melihat seorang lelaki bernama Ibrahim duduk di kaki lima sebuah kedai bersama anak kecilnya yang sedang tidur.

Pertemuan itu berlaku apabila Wan Aisyah Aisyahh singgah dekat sebuah kedai di Batu Cave, Gombak lalu terserempak dengan dua beranak berkenaan. Ibrahim dan anak kecil itu dilihat setiap hari berada di sana.

Namun pada hari berkenaan, dia terdetik untuk menegur lelaki itu yang mengipas anaknya sedang tidur.

“Mana emaknya? Abang itu jawab emak anaknya meninggal sejak lahir lagi. Abang tak ada rumah ke? Dia jawab da tetapi saya tak mampu bayar sewa bili.

“Abang tak kerja ke? Dia jawab tak boleh kerja sebab tak ada orang hendak jaga anak. Jadi dia meminta sedekah untuk makan,” katanya.

Begitu jawapan dalam perbualan spontan Wan Aisyah apabila bertemu Ibrahim yang dipercayainya warga Indonesia.

Beliau bagaimanapun terus bertanya dan menawarkan pekerjaan yang boleh dilakukan Ibrahim.

BACA > Najib mahu dengar luahan rakyat hilang kerja — Suara Merdeka
BACA > Cadangan Najib agar SPR, KKM rangka SOP PRU15 tidak boleh diterima akal — Suara Merdeka

“Katanya dia kerja dahulu, seperti pendawaian elektrik (wiring). Saya tanya, abang pandai tebuk dinding (drill)? Dia jawab ‘iya pandai kak…’.

“Saya ada langsir kena pasang. Abang boleh buatkan? Saya bagi kerja dekat abang. Dia jawab boleh.

“Tetapi dia mahu bawa anaknya sekali. Saya kata boleh,” ringkas Aisyah mahu membantu Ibrahim.

Tambahnya, beliau cukup kasihan dengan keadaan Ibrahim bersama anak kecilnya yang terpaksa dibiar baring atas lantai untuk tidur.

“Sedih lihat macam itu, anak berpanas, tidur atas lantai. Ayahnya tak boleh keja sebab ada anak kecil.

“Sewa bilik untuk bermalam sahaja. Siang keluar minta sedekah,” luahnya simpati.

Status yang dimuat naik Wan Aisyah mendapat reaksi prihatin daripada lebih 10,000 netizen apabila menerima lebih 6,200 komen dan 6,300 perkongsian.

“Allahuakbar.. semoga Allah S.W.T. merahmati dan memurahkan rezeki,” doa Azizah Taupick

“Saya sedih baca berita ini. Saya hendak tolong jaga anak dia juga. Boleh saya bantu cari kerja untuk bapa dia. Anak dia saya jaga,” ujar Nor Niza ingin membantu.

BACA > IG Siti Nurhaliza kena godam? — Suara Merdeka
BACA > Warga emas peniaga ‘foodtruck’ sujud syukur terima lesen dari menteri — Suara Merdeka

“Aduh kesiannya. Dekat mana ini, kalau tahu boleh ikut aku kerja. Anak dia pun ada org jaga dan dia boleh kerja. Tempat tinggal pun ada aku boleh bagi.,” tawar Ayoii Moktar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button