Tidak mahu mengejar kerjaya, Elyana pilih besarkan anak
KUALA LUMPUR: Penyanyi Elyana Emrizal yang kini bebas kanser selepas bertarung dengan kanser limfoma tahap 4 sejak 11 tahun lalu gembira dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak-anaknya.
Artis berusia 35 tahun yang lebih dikenali sebagai Elyana itu berhasrat membina kenangan bahagia bersama dua anak perempuannya.
“Saya telah menghabiskan 22 tahun terlibat dalam industri ini dan saya telah melakukan bahagian saya.
“Sekarang adalah masa untuk saya membentuk kenangan indah bersama anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka membesar hanya mengingati kisah pahit keadaan saya,” katanya dalam laporan berita baru-baru ini.
Bercerita tentang kerjaya muziknya, Elyana berkata: “Tiada apa yang perlu saya kejar lagi. Saya mahu bahagia, sihat dan tenang.”
Walaupun didiagnosis lebih awal, Elyana hanya mendedahkan dia menghidapi cancer secara terbuka pada 2017, selepas dia dikeluarkan pada minggu kelima program realiti Gegar Vaganza S4.