Uncategorized

Elon Musk Akan Pertimbangkan Keperluan Bina Platform Media Sosial Baharu

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk, sedang ‘meneliti secara serius’ untuk membina platform media sosial baharu, kata jutawan itu dalam ciapannya semalam.

Musk menjawab soalan pengguna Twitter sama ada dia akan mempertimbangkan untuk membina platform media sosial mengandungi algoritma sumber terbuka, mengutamakan kebebasan bersuara, dengan propaganda yang minimum.

Beliau yang juga pengguna Twitter prolifik, sejak kebelakangan ini mengkritik platform media sosial dan dasarnya.

Musk berkata, syarikat itu menjejaskan demokrasi dengan gagal mematuhi prinsip kebebasan bersuara.

Ciapan itu dibuat sehari selepas dia mengeluarkan tinjauan pendapat di Twitter, bertanyakan kepada pengguna jika mereka percaya Twitter mematuhi prinsip kebebasan bersuara, dan keputusannya, lebih 70 peratus mengundi ‘tidak’.

“Implikasi daripada tinjauan pendapat ini adalah penting. Sila undi dengan teliti,” katanya Jumaat lalu.

Sekiranya Musk memutuskan untuk membangunkan platform baharu, dia akan menyertai portfolio syarikat teknologi yang semakin berkembang, yang meletakkan diri mereka sebagai juara kebebasan bersuara dan berharap dapat menarik pengguna yang merasakan pandangan mereka ditindas menerusi platform seperti Twitter, Facebook.

Setakat ini, tidak ada satu pun syarikat termasuk Truth Social milik Donald Trump, pesaing Twitter, Gettr dan Parler serta platform video Rumble, mampu menyamai populariti platform arus perdana. – REUTERS

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button