Ellie Suriaty dedah isteri Aman Graseka cemburu tidak benarkan berlakon
Sebelum ini tular berkenaan berita pelakon Aman Graseka minta bantuan dari rakan artis untuk beri makan pada anak-anaknya.
Terbaru, pengarah dan juga pelakon Ellie Suriaty mendedahkan isteri Aman seorang yang cemburu buta dan melarang suaminya ke set penggambaran sehingga hilang punca pendapatan.
Malahan isterinya didakwa menghantar mesej kepada rakan artis dan menyamar menjadi suaminya sendiri selama ini.
Tambah Ellie, dia pernah menghubungi Aman namun isterinya memberi pelbagai alasan, dia juga bersimpati dengan pelakon ‘7 Hari Mencintaiku’, sebelum ini Aman telah dapat banyak tawaran berlakon.
Sebagai rakan dalam Industri, Ellie berharap Allah permudahkan segala urusan Aman dan Keluarga, selain menyifatkan bekerja dengan Aman sangat mudah dan profesional.
Terdahulu pelakon era 80-an itu tampil menafikan berita yang sedang tular, mengatakan ia tidak benar, dia dan keluarganya juga dalam keadaan baik dan mempunyai pekerjaan.
‘’Saya terkejut tengok berita pasal saya viral. Saya ada kerja sendiri. Saya berniaga ketupat rendang dengan isteri,’’ jelasnya.
Untuk rekod Aman pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dangdut, Mas Idayu pada 1997 dan mempunyai cahaya mata perempuan, namun mereka memilih berpisah pada tahun 2007.
Pada tahun 2018, Aman mendiri sekali lagi rumah tangga bersama Nurul Amrina dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Artikle Berkaitan :>
Mummy suka ‘karpet hijau’, ucapan Mas Idayu berbaur metafora politik?