Hiburan

Elizabeth Tan emosi baju dijualnya tiada tag jenama

SIAPA yang tidak menggelabah bila produk yang dijual tidak menepati seperti yang dirancang atau dipromosikan sebelum ini.

Itulah yang terjadi kepada penyanyi, Elizabeth Tan selepas baju yang dikeluarkannya tidak mempunyai tag jenama di bawah baju tersebut.

“Sekarang saya betul-betul kecewa selepas sedar pihak itu tak letak tag jenama di bawah baju. Ia sepatutnya ada tag.

“Dia janji nak QC (kawalan kualiti) dan dah janji kat saya untuk QC semua. Saya bayar dia banyak… modal saya bukan sikit,” katanya.

Menurut Lizzy, dia emosi kerana produk tersebut adalah hasil usahanya sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa pun.

“Ini perniagaan saya yang diusahakan sendiri. Tidak ada seorang pun pelabur. Semuanya adahal daripada saya sendiri.

“Malah, kesemua proses untuk menyiapkan dan menjual baju itu saya yang uruskan sendiri. Jadi, menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan yang terbaik kepada pembeli,” ujarnya.

Dalam pada itu, Elizabeth memberitahu mereka yang ingin mendapatkan semula wang boleh berbuat demikian menerusi platform beli belah atas talian yang mereka beli.

Dia juga meminta maaf di atas kesilapan dan mengambil apa yang terjadi sebagai satu pengajaran buatnya di masa hadapan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button