Nasionalpilihan

Ebit Lew dipanggil kali kedua ke Bukit Aman

Pendakwah bebas, Ebit Lew dimaklumkan hadir ke Bukit Aman pada semalam berhubung siasatan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan dirinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya memanggil Ebit untuk membantu siasatan

“Pendakwah tersebut dan isterinya telah diminta hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan,” katanya.

Ebit pada 19 Ogos lalu telah dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung dengan kes tersebut. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button