Ekonomi

Ni Hsin Ecologistics ambil alih 60% saham Pride Logistics Alliance

NI Hsin Ecologistics Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh syarikat tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia, Ni Hsin Group Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Ni Hsin Resources Berhad) (“Ni Hsin”), hari ini memeterai Perjanjian Pelaburan bagi pengambilalihan 60% kepentingan di dalam syarikat Pride Logistics Alliance Sdn Bhd (“PLA”) (“the Proposed Acquisition”).

Ditubuhkan pada 2014, PLA secara prinsipalnya terlibat di dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan  barangan (freight forwarding). Perniagaan syarikat merangkumi pengangkutan barangan (freight), penghantaran (forwarding), pengangkutan dan kenderaan pengangkut (haulage& transportation), gudang dan perkhidmatan agensi antarabangsa.

Pengarah Urusan Ni Hsin Ecologistics Sdn Bhd, Khoo Chee Kong berkata: “Kami meneroka ke dalam industri logistik bagi menyokong perniagaan makanan dan minuman kami di mana kami melihat pengambilalihan ini melengkapkan ekosistem dengan kami menggunakan kenderaan elektrik untuk penghantaran. PLA memiliki pasukan berpengalaman dengan kepakaran dan pengetahuan di dalam logistik yang kami boleh peroleh manfaat.’’

Ni Hsin juga menyifatkan pengambilalihan tersebut sebagai batu loncatan ke dalam perniagaan logistik, terutama sebagai logistik pihak kelima (5PL), di mana ia boleh menguruskan semua proses rantaian bekalan bagi pelanggan disokong oleh gudang besar dilengkapi Sistem Automasi Stor dan Mendapatkan Kembali (ASRS), yang direka untuk menampan, menyimpan dan mengambil produk dan inventori berasaskan permintaan.

Manfaat lain ASRS termasuk penggunaan ruang lantau yang lebih cekap, peningkatan muatan stor, meningkatkan ketepatan pengambilan pesanan dan menambah baik keselamatan produk bagi inventori premium.

“Gudang kami yang dilengkapi ASRS terletak staregik di Lembah Klang dan menepati operasi 5PL serta  memenuhi perkhidmatan perniagaan menerusi keseluruhan rantaian nilai dari stor ke perkapalan kepada menguruskan pulangan kepada pelanggan pada kos yang minimum.

“Pasaran pada masa ini berdepan dengan kekurangan ruang gudang dan sewaan telah meningkat tinggi.’’

Khoo menambah: “Oleh kerana rantaian pembekalan yang semakin rumit disebabkan pertumbuhan e-dagang dan jangkaan lebih tinggi daripada para pelanggan, banyak perniagaan kini melihat untuk menyumber luar pengurusan logistik mereka kepada pihak lain, dan kami berada di kedudukan terbaik untuk meraih peluang ini dengan sokongan PLA dan sumber-sumber gudang kami.

“Kami percaya perkongsian penyedia 5PL di dalam pasaran logistik global akan meningkat besar di dalam tempoh beberapa tahun ini.’’

(Visited 433 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button