EkonomiPolitik

Duit sudah ke mana?

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan rasional pengurusan kewangan dan ekonomi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Najib berkata, kerajaan hari ini berbelanja lebih daripada apa yang dibelanja oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perkara itu cuba disorok.

“Sebelum PRU14, Pakatan Harapan sering berjanji mereka boleh mengurangkan perbelanjaan tahunan kerajaan BN sebanyak 20 peratus.

“Penurunan 20 peratus perbelanjaan ini dividen dari mengurangkan ketirisan, penyelewengan dan rasuah BN, kata PH ketika itu.

“Selepas perbelanjaan tahunan dikurangkan 20 peratus, kerajaan yang lebih efisyen akan menjadi pemangkin kepada ekonomi negara yang lebih bagus,” katanya.

 

Bagaimanapun kata Najib data dari Perbendaharaan Kementerian Kewangan perbelanjaan kerajaan PH sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding masa BN.

“PH gagal kurangkan perbelanjaan masa BN sebanyak 20 peratus.

“Sudah menjadi 20 peratus lebih tinggi berbanding masa BN pulak.

“Alasan yang sering diberi kepada Rakyat ialah “kita tak ada duit. Hutang RM1 trilion bro”,” katanya.

 

Itu alasan

Tapi realiti yang sedang disorok dari Rakyat ialah perbelanjaan tahunan PH adalah jauh lebih tinggi berbanding BN.

Untuk menampung pemborosan mereka, kerajaan PH:

– naikkan hutang negara RM120 bilion sejak mereka memerintah.

– akan pinjam sekurang-kurangnya RM53 bilion lagi seperti tertulis dalam bajet 2020.

– Jual berpuluh-puluh bilion Ringgit aset negara yang dibina masa BN.

– Menjarah RM106 bilion dari Petronas (RM82b + RM24b tahun depan mengikut bajet).

 

Tapi apakah hasil perbelanjaan lebih tinggi?

Selain projek kereta nasional ke-3, kereta-kereta terbang dan kempen sayangi sawit yang menelan kos berpuluh juta setahun, apa-apa projek baru pun tak nampak.

Berpuluh-puluh juta dedak pula ditabur mereka setiap kali PRK.

Bantuan-bantuan Rakyat pula dimansuhkan dan dikurangkan.

Ekonomi semakin hari, semakin merosot.

Duit sudah ke mana?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button