JenayahNasional

Dua wanita Sri Lanka tawar khidmat seks ditangkap

MASUK ke negara ini untuk memperdagangkan tubuh dengan berselindung di rumah sewa di Bandar Sunway akhirnya terbongkar. Dua wanita warga Sri Lanka yang dipercayai menawarkan khidmat seks kepada warga asing ditangkap dalam satu serbuan semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Op Noda pada pukul 11 malam itu bertindak menahan dua wanita warga Sri Lanka berusia 30 dan 38 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan di rumah itu menemui beberapa barang yang disyaki diguna untuk tujuan pelacuran seperti kondom, tisu selain rampasan wang tunai.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit menggunakan khidmat orang tengah untuk mencari pelanggan dan bayaran yang dikenakan adalah RM60.

“Mereka ini menyasarkan pelanggan di kalangan warga Bangladesh dan India,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek dipercayai telah aktif sejak tiga bulan lalu di rumah yang disewa mereka.

Katanya, kedua-dua yang ditangkap telah dibawa ke Balai Polis Bandar Sunway dan direman 14 hari sehingga 23 Mei untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – SM

BACA Fiza Halim (bekas anggota Elite) difitnah lakukan khidmat seks

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button