Kebakaran

Dua beranak maut dalam kebakaran di Alor Gajah

Wartawan Suara Merdeka

ALOR GAJAH 8 Julai – Dua beranak maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Cherana Puteh-Kampung Cherana Puteh dekat sini pagi tadi.

Komander Operasi, Pengawai Bomba Kanan II (PBKII), Ramli Yusof berkata, mangsa yang maut dalam kebakaran tersebut dikenali sebagai Allahudin Abdul Hamid, 51, dan anaknya, Muhamad Badrol
Allahudin, 5.

Mayat Allahudin Abdul Hamid diletakan di atas pengusung.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 1.56 pagi itu, sebuah rumah separuh kekal terbakar 70 peratus dan dilaporkan terdapat dua mangsa terperangkap dalam kebakaran tersebut.

Beliau berkata, selepas kerja-kerja memadamkan kebakaran berjaya dilaksanakan, anggota yang bertugas menemui seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an tidak sedarkan diri di dalam bilik air.

Mayat Muhamad Badrol.

Menurutnya, seorang lagi mangsa pula seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun pula ditemui di dalam bilik tidur utama.

“Ketika kejadian hanya dua mangsa itu berada di dalam rumah yang terbakar dan mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Ramli berkata, sebuah jentera bomba dengan kekuatan sembilan anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran kira-kira pukul 5.19 minit pagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button