Nasional

Jamuan 1.5 tan durian rai kakitangan sempena Hari Keluarga UPSI

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyediakan sSlebanyak 1.5 tan buah durian sekali gus menjadi tarikan utama penganjuran Hari Keluarga UPSI 2022 yang berlangsung di Arena UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah semalam

Prof Md Amin (tengah) turut bersama kakitangan membuka buah durian untuk jamuan makan raja buah itu.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, selain jamuan makan durian serta buah-buahan tempatan, pelbagai aktiviti dirancang oleh Bahagian Governan, UPSI dengan kerjasama pusat tanggungjawab lain seperti aktiviti senamrobik, acara-acara sukaneka dan persembahan kebudayaan serta kemunculan persembahan penyanyi popular era 90-an, Nizam Laksamana sebagai pengisian program.

Senamrobik membuka acara pagi Hari Keluarga UPSI semalam.

“Sebagai universiti yang sentiasa cakna dengan kebajikan warganya, program Hari Keluarga dilaksanakan untuk menghargai tenaga kerja selain mengeratkan silaturahim antara para kakitangan sekaligus mengangkat aspirasi Keluarga Malaysia di peringkat universiti,” jelasnya selepas majlis perasmian Hari Keluarga UPSI 2022 bertemakan ” Santai Sama-Sama”.

Antara sebahagian kakitangan warga UPSI yang menyertai program di Stadium UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah.

Pengerusi Program Hari Keluarga UPSI 2022, Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman berkata, program yang julung-julung kali berjaya dilaksanakan diletakkan atas inisiatif jabatannya yangu menyaksikan penyatuan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) melibatkan pesatuan-persatuan pengurusan seperti Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas UPSI (PRESTASI), Persatuan Kakitangan Akademik UPSI (PEKA), Kesatuan Pegawai Am UPSI (KPA) dan Persatuan Wanita UPSI (PEWARIS).

Katanya, jika sebelum ini penganjuran Hari Keluarga hanya melibatkan penganjuran oleh kesatuan, namun hari ini (semalam) kita dapat lihat penyatuan keseluruhan jabatan buat pertama kali setelah lebih 15 tahun.

Prof Md Amin (tiga dari kiri) dan Dr Jaffry (tengah, belakang) menunjukkan minuman UPSIDE yang diperkenalkan semasa Hari Keluarga UPSI.

“Kali terakhir penganjuran Hari Keluarga melibatkan semua kakitangan UPSI menerusi inisiatif Badan Kebajikan Kakitangan Universiti adalah pada 11 November 2006,” katanya.

Hadir sama dalam program yang berlangsung selama separuh hari itu ialah Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Seri Ahmad Burak (alumni) dan ADUN Slim, Mohd Zaidi Aziz .

Helmi Zaifura (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang peserta sukaneka sambil diperhatikan Dr Md Amin (dua dari kanan)

Pada majlis sama, UPSI turut melancarkan minuman isotonik berperisa limau kesturi, sebuah inovasi oleh penyelidik Jabatan Sains Kesihatan, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK),
Dr Nurul Fadhilah Abdullah.

Sementara itu Dekan FSSK, Dr Jaffry Zakaria berkata, minuman berjenama UPSIDE kaya dengan vitamin C mengandungi formula menghilangkan dahaga dan dapat membantu meningkatkan prestasi atlet dijangka membuat kemunculan sempena penganjuran Sukan IPT (SUKIPT) yang bakal membuka tirai di universiti tersebut bulan depan.

Penyanyi popular 90-an, Nizam Laksamana turut membuat persembahan pada penghujung program.

“Melalui kajian yang dilaksanakan, UPSIDE mengandungi keperluan nutrisi yang diperlukan kepada para atlet untuk menjalani latihan sekali gus membantu optimumkan prestasi mereka ketika di lapangan,” jelasnya.

Kehadiran para kontinjen cilik daripada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak (NCDRC) turut mencuri tumpuan.

Menurut Dr Jaffry lagi, pengeluaran produk minuman UPSIDE sedang dirangka untuk proses pengkomersialan dan dilakukan secara bersasar melibatkan fokus aktiviti sukan dalam dan sekitar kampus.

Beliau berkata UPSI juga masih mengintai peluang usahasama mana-mana pihak dalam industri baik persatuan sukan kebangsaan untuk mengeluarkan produk berkaitan peningkatan prestasi di UPSI.

(Visited 440 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button