Nasional

Dr Radzi bincang dengan banyak pihak sebelum putus buka sekolah

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengadakan perbincangan dan rundingan dengan banyak pihak sebelum membuat keputusan mengenai pembukaan semula sekolah.

Beliau semalam seharian mengadakan pertemuan secara bersemuka dan secara dalam talian termasuk dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Mesyuarat tersebut turut disertai pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan serta Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Hamzah Ishak.

“Terima kasih atas pandangan, cadangan dan maklumbalas yang diberikan terhadap rancangan pembukaan semula sekolah.

“Insya-Allah, satu pelan komprehensif mengenai pengoperasian sekolah akan saya umumkan dalam masa terdekat. KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Sebelum itu Dr Radzi mengadakan sesi libat urus bersama sekumpulan pakar antaranya melibatkan pakar kesihatan awam, psikologi kanak-kanak dan pediatrik serta ahli akademik.

Turut serta mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia serta Majlis Guru Besar Malaysia dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia.

Antara yang terlibat adalah Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria; Datuk Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman; Dr Khor Swee Kheng; Dr Rakhee Yadav; Prof Datin Dr Mariani Md Nor dan Prof. Ts Dr. Suriani Abu Bakar.

“Semua dapatan ini akan kami perhalusi demi memastikan murid-murid dapat hadir ke sekolah dalam keadaan selamat, Insya-Allah,” katanya.

Perbincangan diteruskan bersama-sama pengurusan KPM pada sebelam malam bagi memperincikan semua pandangan dan saranan yang diterima.

Dr, Radzi berkata, langkah yang diambil bagi memastikan pelan komprehensif pengoperasian semula sekolah yang akan diumumkan telah mengambil kira semua aspek penting.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button