Nasional
Dr Mahathir negatif Covid-19, tapi akan patuhi protokol kuarantin
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah diuji negatif Covid-19.
Bagaimanapun beliau memberi jaminan kepada rakyat akan patuh kepada protokol kuarantin iaitu pemerhatian selama 14 hari.
The Star melaporkan, pembantu rapat kepada Dr. Mahathir memberitahu, pihak berkuasa kesihatan mengesahkan dapatan daripada ujian mendapati bekas perdana menteri berusia 95 tahun itu negatif.
“Hasil ujian negatif,” demikian kata pembantu beliau.
Difahamkan Dr. Mahathir ada mendekati ahli parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii Lee WUes yang dirawat di Hospital Umum Sarawak.
Pembantu itu memberitahu, Dr. Mahathir menjalani ujian pada 17 Mac.
“Bagaimanapun beliau masih mematuhi protokol pemantauan selama 14 hari kuanrantin,” katanya.