Agama

Dr. Khalid Zeed diraikan pasangan diraja Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat meraikan Dr. Khalid Zeed Abdullah Basalamah, penceramah terkenal antarabangsa dari Indonesia yang hadir ke Perlis bagi menjayakan program “Perkampungan Sunnah Siri Ke-9” bagi tahun 2024 dalam satu malis santapan tengahari di Galeri DiRaja Arau.

Hadir sama ialah Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, Prof. Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut diraikan adalah Bupati Kabupaten Kampar, Riau, Indonesia, Haji Hambali dan Isteri, Ricana Djayanti Tarigan serta 16 orang deligasi yang lain dari Indonesia.

Kehadiran tetamu istimewa dari Indonesia ini secara tidak langsung menjayakan lagi kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang rancak dijalankan dan mendapat sambutan yang luar biasa khususnya pada musim buah Harumanis Perlis iaitu pada bulan April, Mei dan Jun.

Tuanku Raja Muda bertitah selepas majlis mengadap tersebut bahawa tema program Perkampungan Sunnah Ke-9 pada kali ini iaitu “Jihad Memartabatkan Dakwah, Mempertahankan Ummah” dilihat amat bersesuaian dan tepat pada masanya supaya kita semua tahu tentang makna dan hakikat jihad dalam kehidupan kita sebagai umat Islam.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button