Ekonomi

Dr Anne Skin Care sahut cabaran dari YM Raja Muda Selangor bawa ke peringkat global.

SEMALAM berlangsungnya program SAY ASPIRE di Sunway Resort Hotel, seramai 10 usahawan dari pelbagai latar belakang telah lakukan Pitch Finale di hadapan 5 orang juri dan hanya 1 pemenang sahaja dipilih.

Pemenang tempat pertama adalah produk penjagaan kecantikan iaitu, Dr Anne Skin Care menerima  tajaan (RM10,000,00) untuk ke negara yang dipilih bagi memperkenalkan sehingga peringkat global.

Menurut pengasasnya, Dr Nur Hidayah Roslan yang merupakan sainstis pakar dalam Cell signaling, kajian untuk lakukan produk ini seawal 2018 dan mula membangun pada 2020 dengan memberi kesedaran kepada orang ramai.

‘’Saya seorang sainstis tetapi saya mempunyai masalah kulit Ekzema dan saya tidak boleh cari produk yang sesuai untuk kulit, selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti dari universiti untuk menjaga anak-anak, saya ada masa untuk menyemak semula saya punya ilmu dan pengalaman berbelas tahun dalam Kejuruteraan Genetik dan why not saya buat produk.

‘’Dan selepas kita cuba masalah kulit eczema dan sebagainya bukan masalah pada saya seorang malah ramai orang serta masalah global, asalnya kita buat secara kecil-kecilan hanya untuk diri saya tetapi bila kita lihat sambutan sangat baik, kita diberi peluang untuk bersama rakan kongsi dan dari situ ia mula berkembang’’, katanya.

Mengulas lebih lanjut tentang kemenangan yang diperolehi dari SAY, katanya dia bersyukur kerana terpilih untuk membawakan produknya ke peringkat lebih global.

‘’Yang Mulia Raja Muda Selangor ada berkata kepada saya, dia lihat produk saya sesuai dan international level dan dia cabar saya untuk bawak produk ini keluar ke peringkat global, insyallah saya terima cabaran ini.

‘’Saya akan tingkatkan usaha dan gandakan usaha untuk memperkenalkan produk ini kepada orang ramai di Malaysia malahan tembusi pasaran luar.

Program ini merupakan kerjasama di antara YB Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia Sukan dan Keusahawan Selangor, YB Mohd Najwan Halimi. Pada edisi kelima, program ini turut mendapat sokongan daripada MATRADE serta sebuah syarikat alumni iaitu MEDICPETS. MEDICPETS di bawah Cik Siti Sofiah telah menyumbang sebanyak RM50,000.00 untuk membantu usahawan menembusi pasaran Brunei. MEDICPETS ialah sebuah syarikat yang memfokuskan kepada produk ubat-ubatan kepada haiwan.

 

SAY ASPIRE diadakan sejak 2018 yang dianjurkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor melalui NGO yang baginda sendiri asaskan iaitu Selangor Youth Community (SAY) yang berpusat di Shah Alam, Selangor. Program SAY ASPIREmerupakan sebuah program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan khidmat mereka ke pasaran global melalui kursus bimbingan dan latihan strategi eksport.

Artikle Berkaitan :>

3 usahawan OKU dinobatkan sebagai pemenang SAY

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button