Dr. Adham jadi sasaran berita palsu
MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menjadi sasaran berita palsu dan terbaharu beliau dituduh sibuk merakam lagu raya.
Gambar yang diambil dari Facebook hantaran pada 2015 telah diedit dan disebarkan kononnya menteri kesihatan sibuk merakam lagu raya ketika negara berdepan dengan wabak COVID-19.
Perbuatan itu dikesan salah satu milik akauan Facebook Johar Ismail dan satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu.
Sejak kerajaan Pakatan Harapan runtuh, berita palsu kembali bertebaran di media sosial.
Perbuatan itu tidak pernah surut walaupun ketika negara berdepan situasi getir penularan wabak maut.
Bahkan ia semakin menjadi-jadi ketika seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membentung rantaian penularan wabak COVID-19.