Politik

Dominic Lau dikecam warganet, ciapan tidak bijak!

GURUAN yang bukan sahaja tak kena tempat tetapi tidak sensitive langsung dengan situasi yang mana Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang juga Ahli Parlimen Pulai, Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub baharu sahaja meninggal dunia dan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau bertanya, apakah okay kalau beliau bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.

Perbuatan yang amat tidak bijak oleh Lau dilakukannya menerusi ciapan di akaun media sosial beliau, Twitter hari ini. Sehubungan itu, terimalah padanya apabila warganet mengecam perbuatan Dominic yang sangat tidak sensitif.

Untuk rekod, Allahyarham Salahuddin juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram.

Ciapan di Twitter Dominic berbunyi: “Kalau saya tanding PRK Pulai OK tak?”

Pengguna media sosial pantas mengecam senator itu atas ciapan tersebut. Bagaimanapun ciapan itu telah dipadam.

Warganet yang tidak berpuas hati dengan sikap Dominic yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak sensitif apabila menghantar ciapan tersebut.

Pengguna Twitter, @dochelmy menyifatkan tindakan Dominic itu “menjelikkan” sedangkan belum 24 jam pun berlalu selepas Salahuddin meninggal dunia.

Sementara itu, @JustinTWJ dalam ciapannya berkata, sikap Lau itu sesuai dengan “nama sebenar” parti itu, “Gelakan”.

“Presiden parti badut,” katanya, mengejek.

Seorang lagi pengguna, @bumilangit, menyiarkan tangkapan skrin ciapan Lau yang telah dipadam dengan berkata: “Kau ingat kau padam masalah boleh selesai ke?” – SM

BACA Dominic Lau berjaya pertahan kerusi Presiden GERAKAN

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button