Rencah Hidup

Doa peniaga kecil-kecilan dimakbulkan!

USAHAWAN di bawah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta peniaga yang berada dalam industri hiliran dilihat lebih bernasib baik berbanding peniaga kecil-kecilan yang mencari makan dalam kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Luahan usahawan IKS sekurang-kurangnya ada ruang dan tempat untuk disalurkan dan sekali gus didengari rintihan dan kesukaran mereka sehingga mendapat sokongan khalayak untuk kelangsungan perniagaan masing-masing.

Dalam ramai-ramai peniaga kecil-kecilan yang turut terkesan pendapatan mereka kerana gerai atau warung tidak dapat beroperasi dan kalau beroperasi sekalipun, pendapatan harian yang diperoleh tidak mencukupi untuk membayar gaji pekerja atau pembantu gerai.

Pengusaha Ayam Golek Baling yang kini berada di kampung halamannya dan mengusahakan kedai Medan Bayeng, Shaharin Ahmad menggunakan platform media sosial Facebook untuk menyatakan kesusahannya untuk terus berniaga.

“Kami peniaga-peniaga gerai, warung dan restoren amat terkesan dengan SOP yang melarang pelanggan kami untuk makan di kedai.

“Akibatnya ada yang terpaksa tutup kedai. Ada yang terpaksa buang dan cutikan pekerja. Kalau ada yang buka untuk bungkus dan hantar seperti syarat SOP, pendapatan kami tetap merosot hingga 80 peratus.

“Sebahagian dari kami terpaksa menanggung rugi sendirian tanpa bantuan dari pihak kerajaan sebab bantuan-bantuan juga subsidi yang kerajaan berikan hanya layak dan bertumpu pada syarikat-syarikat besar dan tauke besar sahaja.

“Kami peniaga-peniaga kecil bumiputra ada yang cuba bertahan dan ada yang dah gulung tikar,” catat beliau dalam Facebook.

Hari ini, dibolehkan makan di kedai atau restoran dan warung tetapi bersyarat iaitu dua orang satu meja dan pengumuman itu telah dibuat oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button