Nasional

Doa COVID-19 pulih sebelum musim haji

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengajak semua umat Islam di negara ini untuk sama-sama berdoa agar COVID-19 yang melanda dunia, pulih sebelum musim haji akan datang.

COVID-19 diisytiharkan sebagai pendamik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan ia merupakan wabak yang menular di seluruh dunia.

Memetik laporan ASTRO Awani, Dr. Zulkifli berkata, buat masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan status jemaah yang berpeluang ke Tanah Suci tahun ini.

Katanya, perkara ini akan dilihat dan apabila waktu yang hampir dengan masa ibadah, barulah boleh ditentukan dengan pasti iaitu hampir waktu haji.

“Sekarang kita ada dalam empat bulan lagi. Jadi kita berdoa pada Allah supaya wabak seperti ini sudah berlalu pergi, Insya-Allah.

“Seboleh-bolehnya, tidak perlu ditanya sekiranya wabak ini terus ada. Kita tunggu dulu, Insya-Allah,” katanya.

Dr. Zulkifli turut mengulas saranan menggantikan solat Jumaat dengan solat Zohor di rumah.

Katanya, keputusan rasmi akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

Solat Jumaat di seluruh negeri Perlis hari ini dibatalkan dan digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing selepas mengambil kira situasi semasa COVID-19.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Negeri Perlis (MAIPs) menerusi satu kenyataan menjelaskan, perkara terbabit diputuskan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail semalam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button