Hiburan
Dituduh mandul dan tak solat, Siti Elizad buat laporan polis
TERKILAN dengan tuduhan netizen berkenaan dirinya yang dikatakan mandul dan tak solat, pelakon, Siti Elizad akhirnya membuat laporan polis.
Menurut Siti Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, dia sangat kecewa apabila ada yang mengatakan dirinya mandul.
“Kau Allah ke? Tahu aku ni mandul ke tak? Boleh beranak ke tak?
“Menggigil, terketar tangan ini. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat2 sangat! Kau suke ke kalau tengok aku ni bercerai berai sebab aku belum ade zuriat?,” katanya
Jelas Elizad lagi, dia turut mempertikai dakwaan netizen yang menuduhnya tidak solat sedangkan tidak pernah bekerja atau mengenali dirinya.
Ujar pelakon itu, dia gembira dengan kehidupannya sekarang dan meletakkan zuriat itu sebagai urusan Allah, cuma tiada siapa yang boleh mengatakan perkataan mandul kepadanya.
“Hari-hari dalam solat menangis, minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan tanpa zuriat. Menangis kecewa sebab tiada peneman umur dah mcm ni.
“Saya ni dah bertahun berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk untuk berubat. Cucuk sana sini, dan memang sakit,” katanya.
Tambah Siti Elizad, dia telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil dan turut berterima kasih kepada semua yang memberi kata sokongan terhadapnya. -SM