Rencah Hidup

Dituduh larikan diri selepas dapat bantuan, ini jawapan tuan badan

PASANGAN yang tular membawa kanak-kanak lelaki yang sedang kronik di atas motor itu menjelaskan mereka tidak melarikan diri seperti yang diberitahu oleh media sebelum ini.

Malahan jelas bapa kepada bayi itu, Mohd Izlan Ishak, 35 tahun sedang menguruskan proses pernikahan dan menyelesaikan masalah dahulu,

‘’ Ada masalah jadi saya pergi selesaikan dahulu. Tak akan setiap kali selesai (masalah) nak buat video tunjuk kepada semua?.

Tambahnya lagi, baru sekarang dia berkesempatan untuk meneruskan proses pernikahan kerana sebelum ini berdepan masalah kewangan hanya dahulukan belanja anaknya dahulu.

Sebelum ini saya tak berkemampuan kerana dahulukan belanja anak tapi kini ada kesempatan jadi dapatlah saya uruskan hal perkahwinan.

‘’Sebelum ini saya tak berkemampuan kerana dahulukan belanja anak tapi kini ada kesempatan jadi dapatlah saya uruskan hal perkahwinan.

‘’Saya tidak lari ke mana pun, ada saja di sini.

Izlan juga turut menafikan dakwaan ibu kepada kanak-kanak itu, Nurhidayu Halim, 35 menggunakan wang bantuan sebanyak RM20,000 untuk membeli barang kemas.

Dan tidak tahu berapa jumlah keseluruhan wang bantuan yang diterima oleh orang ramai.

‘’Saya pun tak periksa akaun bank, buat apa periksa kerana duit sumbangan orang masih ada pada tangan, jadi gunakan yang itu dulu. Bukan nak menyombong, cuma sebelum ini ada RM50 dalam tangan pun dah cukup, dan sekarang lebih daripada itu jadi saya syukur, Alhamdulillah.

‘’Mana bukti jika ada (barangan kemas RM20k). Cincin sebentuk RM800 adalah, itu pun nak buat kahwin dan bakal mak mentua belikan, siap ada resit.

Berikutan daripada itu, Izlan berharap agar orang ramai tidak membuat tuduhan melulu dan menfitnah dirinya dan pasangan.

Setakat ini ada yang datang jumpa saya mohon maaf sebab saya buat laporan polis berhubung isu beli barangan kemas RM20,000. Ikut hati nak saja bawa mereka yang berkenaan ke mahkamah tapi tak sampai hati kerana saya pun pernah kesempitan wang, jadi maafkan. Lagipun saya juga ada hati dan perasaan.

Dalam pada itu, Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota iaitu Muhammad Hazamer Muslim mengesahkan Izlan dan pasangannya telah datang ke pejabatnya dengan membawa dokumen penting untuk proses pernikahan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button