Hiburan

Disangka sihir tak boleh nyanyi rupanya ini terjadi pada Black Hanifah 

DISANGKA sihir tak boleh teruskan nyanyian dalam kerjaya Black Hanifah rupanya selama ini Black mengalami sakit di bahagian anak tekaknya.

Black atau nama sebenar Hanifah Muhammad Hanafiah memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan anak tekak kerana mempunyai masalah ‘polyp’.

‘’Saya baru sahaja selesai buat pembedahan, ramai yang tak tahu. Saya baru boleh menyanyi, sebelum ini setahun saya tak boleh menyanyi dan tak boleh bercakap dengan baik disebabkan masalah ‘polyp’ yang berada di anak tekak.

‘’Saya terpaksa buat pembedahan, selepas itu selama tiga bulan saya tak dapat menyanyi.

‘’Ia adalah ketumbuhan yang berada di anak tekak dan menurut doktor kebanyakan penyanyi yang bersuara tinggi, bergenre rock, pensyarah, guru dan mereka yang banyak bercakap akan mudah terkena masalah ini.

‘’Ianya tak sakit tapi saya sukar untuk bercakap. Bila bercakap suara saya akan putus-putus dan saya langsung tak boleh menyanyi hingga menyebabkan saya berasa ‘down’ dan sedih.

‘’Saya betul-betul sedar tentang penyakit ini empat bulan lepas selepas buat pemeriksaan bersama doktor dan pakar.’’ Katanya ketika ditemui dalam Majlis ulang tahun Petaling Jaya yang berlangsung semalam.

Penyanyi yang berusia 37 tahun itu menyangka punca kesakitan yang dialami kemungkinan gangguan sihir dan serta merta dapatkan rawatan alternatif namun ternyata tiada yang berkait dengan syirik.

‘’Saya rasa ibarat mati hidup semula, saya ingat mula-mula saya kena sihir dan ada pergi mendapatkan rawatan tradisional tapi tak ada apa-apa.

‘’Bila berjumpa dengan guru vokal saya mereka cadangkan untuk mendapatkan rawatan.

‘’Saya rasa disihir sebab saya tak ada rasa sakit ditekak tapi saya tak boleh bercakap dengan baik dan tak boleh menyanyi langsung. Itu menyebabkan saya risau.

Tambahnya lagi punca kesakitanya itu mungkin daripada masalah gastrik dan gerd yang teruk dialami olehnya sebelum ini.

‘’Sebelum itu saya ada buat pemeriksaan biasa, tapi makin hari makin teruk rupanya cara saya makan salah, cara lontaran vokal pun salah dan selepas sedar ianya bukan sihir saya berjumpa pakar.

‘’Suara saya bermasalah bermula ketika pandemik Covid-19 iaitu pada tahun 2020. Saya ada gastrik dan gerd yang teruk sehingga keluarkan asid ke tekak lalu menyebabkan ‘polyp’.

Bapa kepada dua orang anak ini akui rasa sedih kerana terpaksa menolak tawaran menyanyi kerana masalah suaranya.

‘’Sebulan sebelum pembedahan, saya dapat banyak tawaran untuk saya menyanyi secara langsung. Sedih untuk saya katakan tak boleh kepada mereka.

‘’Jadi saya minta isteri beritahu mereka yang kita dah ada show, walhal tak ada show pun. Saya merahsiakan sebab tak mahu banyak pihak bimbang dengan keadaan saya dan saya risau mungkin akan timbul pelbagai spekulasi.

Dalam nada sebak, Black juga berkata dia amat terkesan dengan penyakit yang dialami dan berasa bersyukur setelah sembuh. Dia juga amat menghargai isteri dan anak-anaknya yang sentiasamenyokong walaupun berada difasa yang sukar.

 

‘’Alhamdulillah saya dah boleh menyanyi seperti umur saya 20 tahun yang lepas. Selepas pembedahan saya tak boleh bercakap langsung selama lima hari.

 

‘’Lima hari selepas pembedahan saya tak boleh bercakap kerana takut bekas pembedahan itu meninggalkan parut dan takut tak dapat menyanyi macam dulu.

 

‘’Bila mereka dengar saya boleh menyanyi, mereka sangat gembira. Selama 37 tahun saya tak pernah hilang suara, saya rasa tuhan tarik sekejap nikmat itu.

Artikle Berkaitan :>

COF Music cari bakat baru, Hazama, Akim Ahmad, Black Hanifah dan Tomok jadi penentu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button