Hiburan

Disaman RM3 juta, Awal Ashaari dedah pengalaman pelanggan ditipu

PELAKON dan pengacara, Awal Ashaari memberitahu dia tidak menerima sebarang dokumen mahkamah berkaitan saman fitnah berjumlah RM3 juta terhadap dirinya.

Menurut Awal, dia bagaimanapun telah melantik peguamnya sendiri untuk menerima sebarang dokumen berkaitan bagi mewakili dirinya.

Terdahulu, media melaporkan yang sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot telah menyaman Awal dan dua defendan lain kerana didakwa memfitnah syarikat itu.

Syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta setelah menerima ugutan undang-undang tanpa henti daripada selebriti tersebut.

Awal didakwa telah merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikat hiasan dalaman yang terkenal itu.

Dalam pada itu, Awal turut berkongsikan sesi perbualan yang didakwanya melibatkan syarikat tersebut dengan seorang daripada pelanggannya.

Gambar tangkap layar perbualan dalam aplikasi Whatsapp itu memaparkan perbualan pelanggan tersebut yang tidak dibalas syarikat terbabit.

“Pada pendapat saya, pelanggan tidak sepatutnya dilayan sebegini.

“Kesian saya tengok dia merayu untuk syarikat itu membalas mesej semata-mata bagi mendapat tarikh sesuai untuk memasang kabinet yang dah ditunggunya selama setahun.

“Duit deposit dah bayar tapi servis macam ini,” katanya.

Awal berkata, dia tidak berniat untuk memfitnah sebaliknya hanya berkongsi pengalaman dengan mereka yang sudah terkena dengan syarikat tersebut.

Semenjak 13 Oktober lalu, Awal telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap satu syarikat perabot tempatan.

Pengarcara itu berasa kesal kerana dia telah membayar duit yang diminta sebagai deposit, tetapi kerja yang sepatutnya dilakukan masih lagi belum siap serta mereka tidak memberi kerjasama untuk berbincang. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button