Politik
Dilantik menteri kanan, ini komen Hisham
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan terima kasih pada Perdana Menteri di atas kepercayaan melantik beliau sebagai menteri kanan.
Menurut Hishammuddin pelantikan sebagai Menteri Kanan Luar Negara itu memberi satu keinsafan akan tanggungjawab yang haru dipikul bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara.
“Saya sedar dan insaf, dalam berdepan pandemik #COVID19, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar. InsyaAllah saya akan galas tanggungjawab ini sebaiknya.
“Saya juga percaya, hanya dengan stabiliti, kesatuan dan kerjasama daripada semua pihak, kita mampu keluar daripada krisis ini bersama-sama.
Percayalah, apa jua jawatan dan kedudukan yang diamanahkan, pendirian saya tetap sama – hanya mahu bekerja demi rakyat dan negara dengan seikhlas hati,” kata Hishammudin dalam hantaran ke Facebooknya.
Terdahulu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri.