Politik

Pelantikan TPM: MKT UMNO buat keputusan malam ini – Najib

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka akan bermesyuarat malam ini berkaitan pelantikan Naib Presiden parti itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mesyuarat MKT yang juga akan berbincang berkaitan pelantikan Ketua UMNO Sembrong Datuk Seri Hishmmuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan itu akan membuat keputusan terhadap pelantikan kedua-dua pemimpin tersebut.

Najib dalam satu hantara di media sosial bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada ismail Sabri dan Hishammuddin atas pelantikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hari ini.

“Seperti bagi menteri-menteri, pelantikan baharu ini bawah bidang kuasa khusus PM8. Tahniah diucapkan kepada DS Ismail Sabri Yaakob dan DS Hishammuddin Hussein.

“Apapun, kita tunggu dan lihat apa keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini,” katanya.-SM

(Visited 432 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button