Hiburan

Diam-diam bayar denda! Aliff Aziz dan Ruhainies selesai kes khalwat

PENYANYI Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies dilaporkan telah membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat yang berlaku pada 9 Mac tahun lalu di sebuah kondominium di ibu negara.

Menurut laporan Kosmo!, pembayaran denda itu dilakukan dalam satu prosiding tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Jumaat lalu, tanpa sebarang makluman kepada pihak media. Sebelum ini, mahkamah menetapkan 20 dan 27 Februari sebagai tarikh perbicaraan. Namun, pada 20 Februari, kelibat Aliff, Ruhainies serta peguam mereka tidak kelihatan di mahkamah, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wartawan yang membuat liputan kes berkenaan.

Lebih mengejutkan, peguam syarie yang mewakili mereka, Abdul Hadi Mohamad Salleh, juga gagal dihubungi bagi mengesahkan perkembangan terkini kes tersebut.

Sebelum ini, dalam prosiding pada 3 Julai tahun lalu, kedua-dua selebriti itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat dan memilih untuk dibicarakan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan Seksyen 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button