Hiburan

“Dia pernah belajar Muay Thai dan cuba untuk ‘Muay Thaikan’‘-suami Zahnita

SETELAH sekian lama mendiamkan diri, Abdul Zackery, suami kepada model dan pelakon terkenal Zahnita Wilson, akhirnya tampil membuat pendedahan yang mengejutkan ramai.

Dalam satu kenyataan yang dipetik dari Mstar, Zackery mendakwa dirinya sebenarnya mangsa keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Zahnita, sekaligus menyangkal tuduhan bahawa dia seorang suami yang kasar.

Kata Zackery, sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka, dia terpaksa menahan diri dan bersabar dengan sikap Zahnita yang dikatakan sering meminta cerai dan berperilaku agresif. Lebih mengejutkan, Zackery mendakwa Zahnita pernah menggunakan kemahiran Muay Thai yang dipelajarinya untuk menyerangnya.

“Dia pernah belajar Muay Thai dan cuba untuk ‘Muay Thaikan’ saya. Sebagai manusia, apabila ada yang mahu menyerang, kita perlu mempertahankan diri. Tapi apabila seorang wanita berkelakuan seperti lelaki, apa yang lelaki itu patut lakukan?” ujar Zackery.

Pergaduhan terbaru mereka pada November lalu dilaporkan berpunca daripada tindakan Zahnita menyewa sebuah rumah tanpa pengetahuan Zackery. Rumah tersebut dipercayai digunakan Zahnita untuk menjalankan perniagaan makanan yang diusahakan sejak awal tahun 2024. Namun, tindakan itu dikatakan menimbulkan konflik apabila Zahnita mula mengabaikan kebajikan keluarga, termasuk anak bongsu mereka yang menghidap autisme.

“Saya hanya tahu dia menyewa rumah lain berhampiran kawasan kami apabila bertanya kepadanya. Tetapi dia melenting dan marah saya, mengatakan dia tidak boleh tinggal bersama kerana saya sering memukulnya,” kata Zackery lagi.

Tambah Zackery, fokus Zahnita terhadap perniagaannya menyebabkan dia mula menjauhkan diri daripada tanggungjawab sebagai ibu. Situasi ini mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan keluarga mereka. Sebagai seorang suami dan bapa, Zackery berharap Zahnita dapat memberi keutamaan kepada keluarga terutama anak-anak mereka.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button