Luar Negara

Di sebalik “Thank You, Keteyki” rupanya ini kejayaan wanita tersebut

SEDANG hangat video seorang pempengaruh dan usahawan dari Thailand yang dikenali sebagai Aonsomrutai telah menarik perhatian ramai.

Aonsomrutai, yang sering menggunakan frasa ‘Thank you, Keteyki’ dalam videonya, menjadi tular kerana sering memuat naik video di mana beliau menghadiahkan pelbagai barangan mewah kepada pembantu peribadinya, Keteyki.

Pemberian hadiah-hadiah seperti kenderaan mewah dan barangan berjenama ini telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya wanita di sebalik nama Aonsomrutai.

Seorang individu yang dikenali sebagai Miss Dina telah berkongsi sedikit latar belakang mengenai kehidupan Aonsomrutai. Menurut Miss Dina, Aonsomrutai memang berasal dari keluarga yang berada. Beliau memulakan perniagaan menjual beg tangan berjenama mewah (terpakai) sejak berumur 17 tahun, dan kini memiliki sebuah butik yang terkenal dengan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan.

“Content mewah yang ditonjolkan oleh Aonsomrutai di media sosial sebenarnya adalah sebahagian daripada strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan ke butiknya,” jelas Miss Dina.

Tambah Miss Dina lagi, teman lelaki Aonsomrutai juga seorang yang berjaya, memiliki sebuah klinik kecantikan yang popular. Meskipun sering dikaitkan dengan gaya hidup mewah, personaliti sebenar Aonsomrutai dikatakan sangat baik hati dan merendah diri.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button