NasionalParlimen

Dewan Rakyat hari ini tenang, Speaker belum diserang!

“JELUTONG dan Sepang belum serang saya. Jadi saya pemurah hari ini,” kata Tan Sri Azhar Azizan Harun, Speaker Dewan Rakyat dalam nada berseloroh.

Hari ini adalah hari keempat Dewan Rakyat bersidang dan sejak hari pertama, Isnin sehingga semalam, Rabu, suasana dalam dewan panas.

Bermula pada hari Isnin baru-baru ini, Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majlisi mencetuskan kekecohan apabila beliau tidak puash hati usul yang dibawanya sebanyak tiga kali, ditolak.

Kecoh apabila Kota Belud membentak agar isu tuntutan waris Kesultanan Sultan Sulu diberikan tarikh oleh Speaker untuk didengar, ahli-ahli Parlimen pembangkang turut ‘campur mulut’.

Permintaan Speaker supaya Kota Belud duduk, tidak diendahkan sebaliknya Ahli Parlimen Kota Belud itu terus berdiri dan terjerit-jerit dalam Dewan Rakyat sehingga terhambur kata-kata, apakah isu Sabah tidak diberikan perhatian oleh Kerajaan dan mahu Sabah keluar dari Malaysia.

Kota Belud akhirnya diarahkan keluar dewan dengan diringi oleh dua Bentara tetapi arahan Speaker itu tetap tidak diendahkan.

Akibatnya, dua orang Bentara berdiri di sebelah Kota Belud selama 40 minit.

Kelmarin, Ahli Parlimen Labuan menyoal Speaker dan mahukan pencerahan sama ada penggantungan yang dibuat ke atas Kota Belud kekal dua hari.

Itupun kecoh satu dewan kerana jawapan Speaker, “ya kekal dua hari” Kota Belud digantung, dibangkang.

Semalam, kecoh apabila Ahli Parlimen Jelutong berbalah dengan Ahli Parlimen Pasir Salak.

Pasir Salak mengeluarkan dua perkataan, “podah” dan “shut up” yang tidak dapat diterima oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Dewan Rakyat semalam terus kecoh dan hiruk-pikuk apabila Ahli Parlimen Pengerang, membawa usul gangguan seksual, disambut dengan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak puas hati apabila Pasir Salak mengatakan, Wanita DAP tidak senonoh!

Setakat berita ini ditulis, Dewan Rakyat tidak sekecoh semalam, kelmarin dan Isnin. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button