Ekonomi

DeSlim bantu kurangkan simptom sembelit, usus, sistem penghadaman

JIKA berdepan dengan masalah sembelit dan sistem penghadaman yang tidak sihat, pastinya ia sentiasa dirahsiakan dan pesakit tidak mahu berkongsi cerita dengan keluarga atau rakan.

Sikap negatif itu boleh mengundang masalah serius hingga boleh terdedah kepada penyakit kritital yang membawa maut.

Sehubungan itu, ramai yang cuba mengambil langkah singkat dengan mengamalkan pelbagai pil atau makanan tambahan tambahan bagi mengatasi masalah sistem penghadaman, usus dan juga sembelit.

Ada testimoni yang berkesan untuk jangka pendek tetapi sebaliknya impak jangka panjangnya telah memberi kesan sampingan kepada pesakit.

Related Articles

Tidak hairanlah banyak produk yang diperkenalkan di pasaran bagi membantu menyelesaikan masalah yang melanda masyarakat masa kini.

Namun pendekatan yang diambil oleh Ketua Wakil Perniagaan  De Slim Healthfood Malaysia Sdn. Bhd., Lee Hui Ling pada peringkat awal pengenalan produk tersebut di pasaran amat berbeza kerana beliau lebih mementingkan kesihatan diri dan melihat manfaat produk berkenaan berkesan dalam kalangan rakan-rakan dan keluarganya.

“Saya turut menghadapi masalah yang sama, pada awalnya mahu mencuba tetapi selepas beberapa minggu mengamalkannya, ia cukup memberi kesan kepada tahap kesihatan diri. Ia juga berkesan terhadap rakan dan keluarga yang mengamalkannya.

“Sehubungan itu, saya mengambil inisiatif untuk terlibat secara serius untuk berkongsi rahsia kejayaan dengan pengguna lain yang menghadapi masalah ini.

“Saya tahu ramai yang berdepan dengan masalah sembelit dan usus tetapi malu untuk mendapatkan nasihat terutama warga emas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang akhbar berhubung pengenalan produk DeSlim Pre& Probiotik dan Fiber (DeSlim)  di pasaran Malaysia di pejabatnya di Sri Petaling, di sini baru-baru ini.

Hui Ling menerangkan, produk berkenaan sebelum ini telah popular di luar negara khususnya di China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Singapura, Korea, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Thailand.

“Jadi kami mengambil langkah berani untuk memasarkan DeSlim Pre& Probiotik dan Fiber (DeSlim)  di pasaran Malaysia kerana ia berpotensi dan bakal membantu lebih ramai nanti,” jelasnya.

Berbeza dengan produk di pasaran semasa, DeSlim menggunakan formula tiga dalam satu yang memiliki tiga kandungan utama iaitu probiotik, prebiotik dan fiber dengan paten teknologi microkapsul.

Ia dapat membantu menyelesaikan masalah penghadaman yang tidak sihat, mengurangkan symptom sembelit, cirit birit, melawaskan usus serta membantu menguatkan sistem imun badan.

Tambah beliau, apabila memiliki tahap kesihatan usus yang bersih dan sihat, ia sekali gus akan mencegah daripada mengidap penyakit kanser, masalah kulit kusam, berjerawat dan juga masalah  berat badan.

“DeSlim dapat membantu mencuci dan mengembalikan usus seperti bayi untuk melancarkan sistem penghadaman dengan lebih teratur dan semula jadi,” ujarnya.

Hui Ling menjelaskan, produk yang dipatenkan di Singapura dan dikilangkan di Selangor telah mula berada di pasaran sejak tahun 2017.

Ia kini diedarkan secara online oleh ibu pejabat syarikat di Kuala Lumpur dan  melalui sokongan daripada lebih 100 ejen di seluruh negara.

Produk tersebut telah mendapat sijil halal dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan serta pensijilan lain seperti GMP, HACCP dan Mesti selain mendapat pengiktrafan daripada pelbagai anugerah di luar negara.

DeSlim dijual pada harga RM118 tetapi pelanggan disarankan agar mengambil pakej selama sebulan yang hanya berharga RM328 bagi mendapatkan kesan yang lebih efektif.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi ejen, boleh menghubungi di talian 012-292 3161. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button