Alam SekitarBanjirRencah Hidup

Demi tugas: Dua anggota beruniform bergelar ibu terpaksa tinggalkan anak-anak

Tugas di musim tengkujuh bencana banjir

SEORANG ibu kepada lima anak sanggup berkorban demi tugas sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) terutamanya ketika bencana banjir melanda negara pada musim tengkujuh ini.

Norashikin Mat Jusoh, 47, mengakui berasa sedih kerana terpaksa berpisah seketik dengan anak-anak dan keluarganya.

Namun pengorbanan sebegitu sudah biasa baginya dan rakan-rakan tatkala berdepan dengan bencana itu setiap tahun.

“Sudah dua hari saya tidak bersua muka dengan suami dan anak-anak. Memang agak sedih dan rindu tetapi tuntutan tugas adalah antara keutamaan saya bagi membantu serta memastikan keselamatan penduduk yang terjejas,” katanya kepada BERNAMA.

Bagi seorang anggota Sukarela Tugas Operasi APM Unit Rantau Panjang, Siti Nur Aqrima Amran, 32, pula berkata, disebabkan terlalu sibuk menjalankan tugas operasi menyelamat serta memindahkan mangsa banjir ke PPS, beliau langsung tidak sempat berjumpa anak-anaknya.

“Sememangnya saya merindui anak-anak tetapi disebabkan tugas sebagai anggota penyelamat, jadi terpaksalah terima. Kalau rindu dengan mereka, saya akan terus hubungi mereka atau buat panggilan video,” kata ibu kepada lima anak itu.

Beliau berkata kelima-lima anaknya itu tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Rantau Mas. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button