Nasional
Demi kuasa, nyawa rakyat pun sanggup dipertaruh – Maza
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang terkenal dengan kritikan pedas terhadap orang politik hari ini membidas pemimpin politik yang sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat demi kuasa.
“..bagi membuktikan ketulusan mereka dalam berpolitik merebut pengaruh..nyawa rakyat pun mereka sanggup bertaruh..
“..bagi membuktikan keikhlasan mereka berpolitik mengharungi badai..nyawa rakyat pun mereka gadai..
“..bagi membuktikan keluhuran untuk politik mereka kekal megah..nyawa rakyat pun mereka jual dengan murah…,” katanya dalam hantaran ke Facebook.
Benar, katanya, kebanyakan orang politik jujur untuk kepentingan diri mereka, sekalipun memusnahkan diri orang lain.
“..apa warna, apa slogan, apa sepanduk, apa seruan, apa dalil, apa gelaran, apa lambang, apa jenama..sikap kebanyakan mereka hampir sama…” kata beliau yang juga dikenali panggilan Dr. Maza.
Kritikan pedas itu ekoran tindakan orang politik yang tidak mematuhi SOP Covid-19 ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sabah tempoh hari yang menyebabkan negara kini diambang gelombang kedua penularan wabak pandemik itu.