Nasional

DBKL tutup16 kedai makan kotor

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan 16 kedai makan ditutup berikutan tahap kebersihan tidak memuaskan.

Dalam catatan di Facebook, DBKL memaklumkan, 60 notis kompaun dikeluarkan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL), Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (4), manakala Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, dan Akta Kerajaan Tempatan 1976, masing-masing satu kompaun.

Pemeriksaan terhadap semua premis itu dilakukan Rabu lalu.

DBKL berkata, kesalahan dilakukan premis makanan itu termasuk meletakkan meja dan kerusi di siar kaki lima, dinding dapur tidak bersih, tanda najis tikus dan lipas di kawasan dapur, mencuci pinggan di belakang premis serta gagal mempamerkan lesen perniagaan sah.

Semua premis makanan itu terletak di Jalan Sri Bintang, Taman Salak Selatan, Jalan Leboh Ampang, Jalan Kancil, Jalan Waras 1, Jalan Sarjana dan Bangsar Village.

DBKL berkata, sebanyak 64 premis dilawati dalam “Operasi Sepadu Bersih” membabitkan 32 anggota kesihatan yang menjalankan pemeriksaan.

Katanya, operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengendali premis mematuhi syarat ditetapkan. – SM

BACA Pasar raya abai kebersihan diarah tutup 14 hari

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button