HiburanLuar NegaraMerrepak

Datuk Seri Vida komited selesaikan isu tunggakan RM1 Juta meskipun sedang bercuti di luar negara

USAHAWAN selebriti sensasi, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53, menegaskan bahawa beliau mengambil serius isu hutang sebanyak RM1 juta yang dikaitkan dengannya. Isu ini timbul susulan laporan mengenai kegagalan beliau melunaskan bayaran tertunggak kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan.

Dalam satu kenyataan melalui media sosialnya malam tadi, Datuk Seri Vida memaklumkan bahawa beliau telah melantik peguam untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan. Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Datuk Seri Vida turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya. Namun, beliau berharap diberikan ruang untuk menangani isu ini secara tenang dan profesional.

Dalam pada itu, anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, yang lebih dikenali sebagai Cik B, turut bersuara melalui Instagram Story miliknya. Beliau meminta orang ramai untuk bersabar dan memberi masa kepada ibunya menyelesaikan perkara ini.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah menyita aset Datuk Seri Vida berikutan kegagalannya menjelaskan baki bayaran sebanyak RM1,060,285 kepada syarikat Ah Design Communication sejak tahun 2018.

Syarikat tersebut dilaporkan telah menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan pejabat Datuk Seri Vida, Vida All Star Studio, yang terletak di Elite Industrial Park, Seksyen 33, Shah Alam.

Antara aset yang disita termasuk keseluruhan barangan miliknya serta empat buah kenderaan iaitu dua Toyota Vellfire, sebuah Toyota Grand Hiace, dan sebuah BMW X7.

Mahkamah menetapkan bahawa proses lelongan barangan yang disita akan dihentikan jika beliau dapat menyelesaikan bayaran ganti rugi dalam tempoh dua minggu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button