Dambaan miliki rumah: Inisiatif Kerajaan realisasikan impian rakyat
SEJAJAR dengan aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Rumah’, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM113 juta, khas untuk warga Pulau Pinang yang ingin memiliki rumah.
Sebanyak 700 unit rumah pangsa empat tingkat berserta kemudahan asas akan dibina di atas tanah seluas 20 ekar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Lokasinya di Lot 2587, Mukim 8, Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.
Projek PPR di Kepala Batas ini jug menyediakan tujuh unit rumah khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Inilah yang diberikan oleh Kerajaan untuk rakyat, Keluarga Malaysia.
Sejajar dengan bajet 2023 yang diumumkan, RM95 bilion diperuntukkan termasuk peruntukan untuk disalurkan melalui Skim Perumahan yang mencakupi Program Perumahan Rakyat (PPR), Program Rumah Mesra Rakyat, Program Penyelenggaraan Perumahan dan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Untuk Program Perumahan Rakyat (PPR), ia bakal memberi manfaat kepada 12,400 penghuni baharu dengan peruntukan yang disediakan sebanyak RM367 juta.
Seterusnya Program Rumah Mesra Rakyat melibatkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM358 juta.
Sama rata, sama rasa. Itulah yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Program Penyelenggaraan Perumahan dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia juga diberikan tumpuan bagi memastikan keadaan perumahan strata kos rendah dan sederhana berada dalam keadaan selamat termasuk menggantikan lif-lif yang rosak dengan pemberian peruntukan sebanyak RM90.4 juta.
Kerajaan turut menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM3 bilion kepada institusi perbankan supaya golongan yang tiada pendapatan tetap seperti pekerja e-hailing, juga dapat memiliki rumah sendiri.
Kita semua ambil maklum bahawa kos pembinaan seunit rumah adalah RM161,000 dan akan dijual pada harga pasaran, RM45,000 seunit. – SM