Hiburan

Dalam tempoh 24 jam, tiket konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota habis terjual

Ratu Rock Malaysia, Ella, 57, mencipta rekod baharu apabila tiket konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota ‘sold out’ dalam masa 24 jam sahaja bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin sangat terharu terima sokongan luar biasa untuk konsertnya yang bakal berlangsung pada 10 Jun depan.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan saya, RockQueen dan juga rakan penganjur, Hitman Solutions dalam menjayakan konsert ini. Saya sangat teruja, berbangga dan bersyukur dengan hasil jualan yang luar biasa ini.

“Saya juga berterima kasih kepada semua peminat dari pelusuk dunia, terutama dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga Brunei atas semangat mereka yang ingin bersama saya meraikan konsert ini,” katanya.

Ella mengakui tidak sabar untuk berikan yang terbaik pada semua dan dipermudahkan kesihatannya menjelang konsert itu.

Menurutnya, penganjur juga dalam rangka mencari alternatif lain untuk peminat yang keempunan membeli tiket.

“Semoga peminat dapat mendoakan kesihatan kesemua pihak yang terbabit agar acara ini menjadi memori wajar dikenang. Bagi yang terlepas peluang mendapatkan tiket, Insya Allah pihak pengurusan sedang mempertimbangkan dan akan mencari jalan terbaik untuk memuaskan hati semua,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, selaku penganjur berkata sambutan luar biasa itu bukti kukuh bahawa peminat Ella sememangnya sangat besar pengaruh.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa betapa hebatnya peminat-peminat Ella dan saya kagum dengan kesungguhan mereka kerana tidak berputus asa untuk mendapatkan tiket konsertnya. Ternyata Ella adalah Ratu Rock Negara yang tiada tolok bandingnya!

“Secara jujur, saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan Ella beraksi di atas pentas dan ‘rock out’ bersama peminat,” katanya.

Tiket konsert yang mula dijual jam 12 tengah hari semalam terjual sebanyak 50% hanya dalam tempoh dua jam sahaja.

Bagaimanapun, penjualannya dihentikan buat sementara kerana lebih 25,000 membanjiri laman web menunggu dapatkan tiket. Kebanjiran itu mengakibatkan proses pembelian menjadi tergendala.

Pihak penganjur segera menyelesaikan isu terbabit dan penjualan disambung semula pada jam 5 petang hari sama.

Sekitar 7 malam, 90% tiket berjaya terjual dan selebihnya hanya tinggal kategori Rockzone. Secara rasminya tiket habis terjual pada jam 12 tengahari hari tadi.

Artikel berkaitan > Konsert Lefthanded Fourty Years Rockestra di Plenary Hall KLCC

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button