Nasional

Dalam masa beberapa jam Musang King berharga RM350 habis terjual di China

HANYA dalam masa beberapa jam kesemua stock Durian Musang King yang dimport dari Malaysia telah habis terjual di pasar raya China, Shezen dengan harga RM350 sebiji.

Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, buah berkulit keras dan berduri itu mendapat permintaan yang amat tinggi di negara itu.

‘’Hanya dalam masa beberapa jam kesemua stok telah habis terjual. ”Saya difahamkan para pengimport durian dari China juga sedang mengkaji untuk membawa durian jenis lain seperti durian kampung ke pasaran China.

”Sama-sama kita berdoa agar pada masa hadapan, durian kampung juga akan mendapat permintaan yang tinggi di sini supaya semua penanam durian akan turut menikmati hasil daripada usaha ini,” katanya di Facebook sebentar tadi.

Terdahulu beliau yang juga Presiden AMANAH dibawa melihat gudang pembungkusan dan pengedaran durian segar oleh syarikat Joy Ming Mau, Shenzhen.

Mohamad berkata, tempoh masa yang diambil untuk durian segar Malaysia diedarkan ke outlet-outlet jualan di Shenzen hanya mengambil masa dua hari sahaja.

Artikle Berkaitan :>

Hasil penyelidikan MARDI Durian D190 lebih sedap dari Blackthorn

Kafe Durianma Bukit Jelutong, bukan sekadar durian

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button