Cuti menteri, timbalan menteri dibeku, PM arah tengok mangsa banjir
CUTI semua menteri dan timbalan menteri dibekukan serta merta dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua mereka untuk turut meninjau dan memberi bantuan kepada mangsa banjir yang sudah mencecah 100,000 orang di seluruh negara.
Sehingga ini sembilan negeri telah terkesan iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan pada tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan sehingga esok.
Ekoan itu Anwar telah mengarahkan cuti semua Menteri dan Timbalan Menteri dibekukan serta-merta.
Semua anggota Jemaah Menteri diarahkan turun padang membantu rakyat yang terkesan akibat bencana banjir ekoran Monsun Timur Laut yang sedang berlaku sekarang.
“Semua menteri diminta terus tugas, (saya mengarahkan mereka) turun (turun padang).
Tindakan yang diambil Perdana Menteri ini menunjukkan beliau amat prihatin dan mengambil berat tahap tinggi tentang bencara banjir yang sedang melanda negara.