Cuaca panas tak halang ribuan bangsa Johor meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor
Cuaca panas sejak pagi nyata bukan halangan buat ribuan rakyat tanpa mengira kaum dan agama termasuk pelancong asing hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Istana Johor bersempena Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pengunjung yang mula hadir sejak jam 9 pagi, tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda serta paduka anakanda.
Turut berangkat, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.
YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.