Nasional

Covid-19: Tidak benar kerajaan setuju harga penutup hidung, mulut dinaikkan

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menafikan laporan berita bahawa kerajaan akan membenarkan kenaikkan harga penutup hidung dan mulut.

Menteri, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, laporan kononnya kebenaran menaikkan harga barangan  tersebut diberikan kerana bekalannya yang semakin berkurangan adalah tidak benar.

“Untuk makluman, laporan di dalam portal ini adalah tidak benar. Saya tidak pernah menyatakan bahawa kerajaan memberi apa – apa kebenaran untuk kenaikan harga penutup hidung dan mulut.

“Apa yang dilaporkan adalah kurang tepat. Terima kasih kepada pihak media yang telah memperbetulkan kesilapan di laporan tersebut,” kata Alexander.

Beberapa media telah memetik laporan Astro Awani kononnya Alexander berkata, pihaknya akan mengumumkan mengenai kenaikan barang kawalan tersebut tidak lama lagi.

“Tindakan ini diambil kerana situasi semasa Covid-19 dan permintaan terhadap penutup muka ini tinggi,” katanya, lapor Astro Awani.

Laporan berita tersebut bagaimanapun telah ditarik balik oleh stesyen berita tersebut. Ketika ini terdapat kesukaran dalam kalangan pengguna untuk membeli produk tersebut kerana farmasi kehabisan stok.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button