Uncategorized

Covid-19: Pemimpin tabligh nasihat jemaah henti aktiviti cetus kebimbangan

AHLI Mesyuarat Markaz Dakwah dan Tabligh Malaysia meminta semua jemaahnya agar menghentikan buat sementara waktu semua aktiviti yang boleh mencetuskan kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19.

Abdullah Cheong berkata, jemaah tabligh perlu taat dengan nasihat tersebut kerana pihak berkuasa sedang berusaha tanpa mengenal penat dan lelah dalam menangani krisis wabak yang melanda.

“Kami, puncuk pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia, menekankan sekali lagi kepada semua 28 markaz (tempat syabguzari) seluruh negara supaya mematuhi dan mengambil tanggungjawab penuh dalam bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Supaya kerisauan, ketegangan dan tanggapan salah (jika ada) dari mana-mana pihak, baik masyarakat umum mahupun pihak berkuasa, dapat diredakan,” kata Abdullah Chong.

Beliau sekali lagi menasihatkan agar mereka yang menghadiri Jor Qudama’ dan Ulama’ perlu segera menghubungi pejabat kesihatan daerah masing-masing atau CPRC hotline, untuk mendapatkan bimbingan dan rawatan perubatan

Semua aktiviti yang boleh menimbulkan kerisauan dan penularan wabak tersebut juga perlu dihentikan serta-merta buat masa ini

Jelas beliau, sepanjang tempoh kuarantin di Masjid Sri Petaling tiada jemaah dibenarkan datang,dan tiada jemaah akan dihantar keluar dari markaz kita sehingga keputusan mesyuarant selanjutnya.

“Kami harap semua keputusan ini akan dapat ditaati dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Ingatlah bahawa semua ini adalah ujian daripada Allah SWT.

“Insya-Allah kita ambil peluang ini untuk menghidupkan amalan di rumah masing-masing, banyakkan berdo’a, beristighfar dan menangis kepada Allah SWT, serta tingkatkan fikir risau umat dalam diri kita.

“Semoga Allah SWT memberkati semua usaha kita yang sedikit ini dan menjadikan pengorbanan semua sebagai asbab hidayat seluruh alam hingga kiamat insyaAllah. Wassalam,” kata Abdullah Chong.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button