Luar Negara

COVID-19: Komuniti Malaysia di NY saling bantu, komunikasi melalui media sosial

KOMUNITI Malaysia yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) saling bantu-membantu dan sentiasa berkomunikasi melalui laman sosial antara satu sama lain sebagai langkah pencegahan mendepani pandemik Covid-19 di negara itu.

Seorang rakyat Malaysia yang menetap di New York, Manhattan, Boon Hoe, 36, memberitahu BERNAMA, langkah itu termasuk berkongsi maklumat yang tepat apa yang berlaku di lapangan dan juga maklumat yang dikeluarkan daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata, meskipun tiada arahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti mana di Malaysia namun ramai rakyat di negara itu tidak keluar rumah kerana bimbang dikhuatiri dijangkiti virus Covid-19.

“Yang paling ketara ialah komunikasi dari Konsulat Besar Malaysia di New York yang sentiasa mengingatkan rakyat Malaysia di sini sentiasa mematuhi standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan termasuk jika mereka mahu pulang ke tanah air,” katanya.

Boon Hoe yang bekerja sebagai pengurus produk dan inovasi dan sudah 18 tahun menetap di AS turut berkongsi pengalaman walaupun kes Covid-19 di negara itu tinggi namun jumlahnya berbeza dan bergantung kepada negeri-negeri tertentu yang berpihak kepada parti politik yang berkempen.

Beliau berkata, ada negeri-negeri yang berpihak kepada parti politik tertentu menetapkan SOP seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Presiden negara itu.

“Pandangan saya, di New York (sebagai contoh), masih terkawal,” katanya sambil mengakui ada rakannya yang turut dijangkiti Covid-19, bagaimanapun keadaannya stabil.

Berdasarkan kemas kini daripada carian Google mengenai statistik Covid-19, AS telah mencatatkan seramai lebih 200,000 kematian dengan lebih 8 juta kes dilaporkan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button