Luar Negara

Covid-19: Kes global kini lepasi tiga juta orang

PANDEMIK global, Koronavirus (Covid-19) kini menjangkiti lebih tiga juta orang di seluruh dunia.

Peningkatan jumlah berkenaan disumbang oleh ribuan jangkitan baharu di beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS) (12,077), Sepanyol (2,793) dan Itali (1,739).

[BACA] New York buka semula aktiviti ekonomi secara bertahap — Suara Merdeka

Selain itu, United Kingdom (UK) (4,309), Turki (2,131), Rusia (6,198), Kanada (1,334) dan Arab Saudi (1,289) turut mencatat ribuan jangkitan menjadikan jumlah keseluruhan global adalah 3,039,423 orang.

Daripada jumlah jangkitan berkenaan, AS terus menduduki kes tertinggi dunia apabila mencatatkan jumlah kes sebanyak 999,237 orang.

Sepanyol pula menduduki tempat kedua dengan jumlah jangkitan seramai 229,422 diikuti dengan Itali (199,414) dan Perancis (162,100).

Bagaimanapun Perancis tidak mencatatkan sebarang kes baharu berdasarkan laporan Worldometers.info setakat sehingga pukul 6.13 petang.

Sementara di Malaysia pula, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kes baharu semalam hanya 40 jangkitan sementara yang berjaya pulih bertambah 95 orang.

[BACA] Covid-19: Hishammuddin bertukar pandangan dengan UAE — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: Hampir 70 peratus pesakit di Malaysia sembuh — Suara Merdeka

Daripada jumlah tersebut, satu pertiga adalah kes dari AS sementara 43 peratus adalah dari benua Eropah.

Sementara itu, portal berita CANOE.COM melaporkan, peningkatan jumlah jangkitan berkenaan disebabkan kelonggaran perintah sekatan di beberapa negara.

Menurutnya, purata kes harian sepanjang minggu lalu adalah 82,000 jangkitan.

Sebanyak 1.9 juta kes aktif direkodkan dengan 56,457 kritikal ditempatkan di unit rawatan rapi, sementara 1.8 juta dirawat di wad biasa.

Dalam pada itu, jumlah pesakit yang pulih diseluruh dunia pula hampir sejuta orang iaitu 915,037 berjaya sembuh.

Sementara 209,729 kes kematian di peringkat global akibat Covid-19 pula dicatatkan semalam.

[BACA] JPJ buka semula kaunter mulai Rabu ini untuk kenderaan perdagangan — Suara Merdeka
[BACA] Itali longgar sekatan pergerakan bermula 4 Mei — Suara Merdeka

Bagaimanapun, Ahad lalu merupakan hari paling rendah jangkitan wabak itu di semua negara iaitu sebanyak 2.5 peratus. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button